BADAI SEMALAM

Daisypath Friendship tickers

Sunday, December 22, 2013

Sukatan & Ukuran

......السلام عليكم

selamat pagi geng...huhu..rasa macam nak ajar korang semua sesuatu la.Ok memandatangkan tak keje lagi meh sini nak kongsi ilmu apa yang dibelajar masa kt kolej ehhh...hari ni cik num nak ajar korang tentang unit sistem antarabangsa,simbol dan singkatan.Yang ni la kami duk hafal masa study dulu...gila-gila punya olang..siapa tak dapat hafal atas kerusi...hahahaha..


Unit Menyukat Berat


a.) 1 kilogram (kg)                   = 1000 gram


b.) 1 gram (gm)                         = 1000 miligram (mg)


c.) 1 miligram (mg)                   = 1000 microgram atau 0.001 gram ( 1/1000)


d.) 1 microgram (mcg @ ug)    = 1000 nanogram atau 0.000,001gm iaitu 1/1,000,000gm


e.) 1 nanogram (ng)                =   1 nanogram (ng) =0.001 mcg atau 0.000 000 001 gm iaitu

                                                      1/1,000,000,000 gm


Unit Menyukat Isipadu Cecair


a.) 1 kiloliter (KL)       = 1000 Liter


b.) 1 Liter ( l,L)             = 1000 Milliliter (ml)


c.) 1 mililiter (ml)           = 0.001 liter (1/1000)


d.) 1 mililiter (ml)           = 1 centimeter padu cc



Peratus Larutan

a.) 0.1% larutan         = 100mg dalam 100ml ( 1mg/ml )


b.) 1% larutan            = 1 g dalam 100ml ( 10mg/ml)


c.) 10% larutan          = 10 g dalam 100ml (100mg/ml)



1. sekarang Cik Num nak tukarkan unit BESAR ke unit KECIL,darab dengan nisbah    10 perbezaan antara unit ( 10,100,1000) atau alihkan titik perpuluhan ke kanan ya :           

contohnya ;-

2.5 kg kepada gm

1 kilogram (kg) = 1000 gram
oleh itu , 2.5 kg = 2.5 x 1000

Alihkan titik perpuluhan ke kanan mengikut bilangan sifar dalam nombor kuasa 10.

contohnya :-

2.5 kg x 1000 = 2,500 kg


3 tempat    --->  3 sifar          

ke kanan  



haaaa...kan siap tu...oky sekarang Cik Num nak Bagi contoh ke 2 plak ye..Tukar unit KECIL ke BESAR,bahgikan dengan nisbah 10 perbezaan antara unit ( 10,100,1000) atau alihkan titik perpuluhan ke kiri.

2. contohnya :-

500,000 mcg kepada miligram

1000mcg = 1 mg
oleh itu ,500,000 mcg = 500.00 mcg bahagi 1000 atau  


Alihkan titik perpuluhan ke kiri mengikut bilangan sifar dalam nombor kuasa 10.

contohnya :-

500,000 mcg bahagi 1000 = 500 mg


3 tempat --->    3 sifar

kekanan


ok.Siap dah...kalau tak faham maaf ler...kita ni jarang menaip benda ni...kalau tak faham boleh la tanya.Jangan malu dan segan ye..




#tata#
Assalamualaikum semua :)


No comments:

Post a Comment